MENU

UNIT PEMBANGUNAN & KEJURUTERAAN

  1. Semua permohonan untuk bahan-bahan memperbaiki laluan kampung secara gotong-royong akan diputuskan dalam tempoh 7 hari.

  2. Semua permohonan untuk membaiki jalan-jalan kampung, longkangawam dan lampu jalan akan diputuskan dalam tempoh 7 hari.

  3. Ulasan/pandangan terknikal dikemukakan dalam tempoh 25 hari.

  4. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Unit Kewangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan invois.

  5. Menyediakan dan mengesahkan dokumen tuntutan projek dan menyampaikan kepada Unit Kewangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan invois.

 

UNIT KESIHATAAN AWAM

  1. Semua longkang dan jalan dibersihkan mengikut jadual 3 kali seminggu.

  2. Aduan mengenai longkang tersumbat akan diambil tindakan pemulihan dalam tempoh 3 hari.

  3. Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit seperti semburan vektor dijalankan mengikut jadual 1 kali sebulan.

  4. Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh 24 jam apabila dilandai wabak.

  5. Semua sampah akan dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari.

  6. Aduan mengenai sampah yang tidak dikutip akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

  7. Lawatan ke tapak pelupusan diadakan 1 kali sebulan bagi memastikan tapak pelupusan berada dalam keadaan terurus.

  8. Lawatan ke tapak pembinaan diadakan bagi memastikan ianya berada dalam keadaan terurus dan selamat diadakan 1 kali sebulan.

  9. Memastikan premis perniagaan berada dalam keadaan bersih sewaktu dibuka kepada orang ramai dengan mengadakan lawatan sebanyak 1 kali sehari.