MENU

UNIT PENGUATKUASAAN & PERUNDANGAN

  1. Menjalankan siasatan dan memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan yang berkaitan dalam masa 10 hari waktu bekerja.

  2. Mengambil tindakan segera yang bersesuaian ke atas aduan kacauganggu yang memerlukan tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang.

  3. Pemantauan perlaksanaan dan tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dilakukan secara cekap, tegas dan harmoni berlandaskan undang-undang dan prinsip Islam.

  4. Mengendalikan tuntutan barangan rampasan dengan kadar segera setelah segala urusan denda dan kompaun dijelaskan.

  5. Menjalankan operasi-operasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    • Mengadakan operasi terhadap premis yang tidak membayar sewaan seperti yang telah ditetapkan sebanyak 2 kali sebulan.

    • Mengadakan operasi menangkap haiwan merayau dikawasan yang dilarang menternak haiwan sebanyak 2 kali sebulan

    • Menjalankan pemeriksaan ke atas meter tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak kereta dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.

    • Pemeriksaan ke atas petak letak kereta dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.

    • Mengadakan operasi pada malam hari bergantung pada kes yang dilaporkan kritikal sebanyak 1 kali sebulan.

    • Melakukan pemeriksaan kebersihan/ keselamatan dan kacauganggu mengikut jadual 2 kali sebulan.

    • Melakukan pemeriksaan terhadap iklan yang dipaparkan dalam bentuk banner, papan tanda/billboard, sepanduk, iklan tiang lampu dan papan iklan sementara menikut jadual 2 kali sebulan.

    • Melakukan pemantauan terhadap lesen kerja-kerja tanah, bangunan dan lain-lain mengikut jadual 6 kali sebulan.

    • Melaksanakan pemantauan terhadap Pasar Isnin mengikut jadual 4 kali sebulan.

    • Mengeluarkan kompaun terhadap pelbagai kesalahaan setiap hari.

  6. Susunan jadual dan cara kerja akan dibuat penilaian semula setiap 6 bulan bagi penambahbaikan mutu kerja dan keberkesanan untuk meningkatkan hasil Majlis Daerah Machang dan sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan.