MENU

Unit Pusat Setempat(OSC)

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap, adil dan cepat. Untuk mencapainya kami akan memastikan semua permohonan cadangan pemajuan yang lengkap diterima dan diproses tidak melebihi tempoh yang ditetapkan seperti berikut.

  • Permohonan cadangan pemajuan serentak diproses dalam tempoh 108 hari bagi kawasan yang ada Rancangan Tempatan dan 108 bagi kawasan yang tiada Rancangan Tempatan.

  • Permohonan kebenaran merancang diproses dalam tempoh 59 hari bagi kawasan yang ada Rancangan Tempatan dan 108 bagi kawasan yang tiada Rancangan Tempatan.

  • Permohonan Pelan Bangunan diproses dalam tempoh 69 hari bagi kawasan yang ada dan tiada Rancangan Tempatan.

  • Permohonan Pelan Kejuruteraan Diproses dalam tempoh 57 hari bagi kawasan yang ada Rancangan Tempatan dan 80 bagi kawasan yang tiada Rancangan Tempatan.

  • Permohonan Sijil Kebenaran Menduduki (SKD) diproses dalam tempoh 14 hari.

  • Permohonan Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate Of Completions and Compliance-CCC) diproses dalam tempoh 14 hari setelah menerima borang G1-G3 dari pada PSP.

  • Kami Juga:-
  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan proses permohonan kelulusan pelan.

  • Menerima dan mengambil tindakan setiap aduan berkaitan yang diterima.