MENU

MAJLIS PERASMIAN RUANG NYAH KUMAN (DESINFECTIONS CHEMBER) PASAR BESAR MACHANG

 

12 April 2020 - Majlis Perasmian Ruang Nyah Kuman (Disinfection Chember) telah diadakan Bertempat Di Pasar Besar Machang.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datok Dr Mohamed Fadzli Hassan - Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kelantan. Turut sama dalam majlis YM Dato’ Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha, Yang Dipertua Majlis Daerah Machang dan ketua-ketua Jabatan di Daerah Machang.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan peralatan pelindungan diri (PPE) kepada Hospital Machang, Pejabat Kesihatan Machang dan MDM untuk kegunaan mereka berdepan pelbagai risiko semasa keluar bertugas.

Penghasilan Ruang Sanitasi “Disinfection Chamber”. adalah satu inovasi dalam langkah pencegahan bagi mengekang penularan Wabak COVID19 yang sedang melanda. Ianya telah dihasilkan oleh lapan kaki tangan MDM dari unit Kejuteraan. Ianya akan diperluaskan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar borong, pasar raya dan sebagainya.