MENU

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ( lelaki/perempuan )  yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang, 18500 Machang, Kelantan sebagaimana berikut :

 

1.         a.         Jawatan                                  :           PEMBANTU KESIHATAN AWAM, GRED U19

b.         Kumpulan Perkhidmatan         :            Pelaksana

            c.         Klasifikasi Perkhidmatan          :            Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

            d.         Jadual Gaji Gred U19              :            Min(RM1,360.00) - Max(RM4,052.00)

e.         Taraf Jawatan                         :            Tetap

            f.          Kekosongan                            :            1  kekosongan

 

2.         a.         Jawatan                                  :           Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

b.         Kumpulan Perkhidmatan         :           Pelaksana

           c.         Klasifikasi Perkhidmatan          :           Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

           d.         Jadual Gaji Gred N19             :           Min(RM1,352.00) - Max(RM4,003.00)

           e.         Taraf Jawatan                         :            Tetap

            f.          Kekosongan                            :           2  kekosongan.

3.         a.         Jawatan                                  :           Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

b.         Kumpulan Perkhidmatan         :           Pelaksana

            c.         Klasifikasi Perkhidmatan          :           Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan  

Awam

            d.         Jadual Gaji Gred KP19            :           Min(RM1,360.00) - Max(RM4,052.00)

            e.         Taraf Jawatan                         :            Kontrak (CFS)

            f.          Kekosongan                            :           1  kekosongan.

B.         CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

 

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 yang boleh didapati  di Pejabat Majlis Daerah Machang, Kelantan. Sila hantar permohonan anda ke alamat berikut :

 

Yang Dipertua, Majlis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan.

 

D.         AM

            1.         Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamantan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2016, 2017 & 2018. Bagi bekas tentera laporan Bad D 92A dan 92D hendaklah dilampirkan.  Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.

            2.         Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan-salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan sampul surat berukuran 22cm x 11cm beralamat sendiri serta bersetem 60 sen.

            3.         Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.

            4.         Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

5.         Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

6.         Pemohon bekas tentera hendaklah menyertakan salinan Bat D 92A dan Bat D 92D yang tidak menerima pencen sahaja.

 

E.         TARIKH TUTUP    ;           Sebelum atau pada : 19hb. (Rabu) Disember, 2018.

SILA MUAT TURUN MAKLUMAT PENJAWATAN DAN KELAYAKAN DISINI.