MENU
Raja dan rakyat, berpisah tiada. Pertubuhan Kerabat D'raja Kelantan Al Muhammadi akan menganjurkan Karnival Walk With Me 2013 pada 13-15 Jun ini. Penganjuran acara di Stadium Sultan Muhammad IV ini telah mendapat ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang turut akan mencemar duli untuk acara Walkathon D'Raja.