MENU

Kolam Air Panas ini terletak di Kampong Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Machang. Ia berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.

Majlis Daerah Machang, kini dalam usaha menaik taraf dan penambah baikan kemudahan awam serta mencantikan lanskap dikawasan Kolam Air Panas bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Disamping itu juga, ianya bertujuan menarik para pelancong datang ke Daerah Machang.

  

  

Untuk Paparan Lebih Imej