MENU

 Menara Condong

Menara Masjid Pulai Condong yang kini merupakan suatu objek kemegahan tempatan, telah dibina oleh Hj. Ab. Samad b. Hj. Abdullah pada tahun 1856 (1273H).

Menara ini tingginya hampir 18 meter dan lilit luas 2.8 meter. Ditengah-tengah menara ini didirikan sebatang tiang (tidak berbumbung) sebagai paksi.

Menara ini dibuat secara bergotong-royong dengan menggunakan beratus-ratus orang lelaki. Perekanya ialah Haji Abdul Samad sendiri. Semua bahagian menara ini diperbuat daripada kayu cengal batu dengan menggunakan beliong, kapak dan pahat sahaja. Keteguhan menara ini telah teruji apabila Kelantan dipukul ribut besar pada tahun 1880 (1297H). Semua pokok-pokok kecil dan besar disekitarnya tumbang, tetapi dengan kehendak Allah menara ini sedikit pun tidak terjejas oleh tiupan angin tersebut.

Menara ini masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan sebagai tempat bilal melaungkan azan sehingga sekarang. Ini merupakan suatu binaan sejarah yang amat penting yang memerlukan perhatian dan pemuliharaan.