MENU
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA ANDA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH /TANAH KOSONG /PEGANGAN?.

Semak Dahulu dengan PBT nama yang didaftarkan dan tunggakan yang dikenakan bagi rumah / tanah tersebut. Seksyen 146 Akta 171, menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawag pemilik semasa (sekarang) untuk menjelaskannya. Perlu juga disemak perkara ini terlebih dahulu dengan peguam atau agen pengurusan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskn oleh pemilik sebelumnya.

 

JIKA ANDA TELAH MENUKAR MILIK/ MENJUAL/ MEWARISKAN RUMAH/ HARTA, APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Sila memaklumkan kepada PBT dengan mengisi BORANG I/BORANG J dengan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal berbuat demikian, pihak PBT boleh mengambil tindakan Makamah dan anda boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976:

BAGAIMANA IANYA BOLEH DIBAYAR?

Ianya boleh dibayar 2 kali setahun, iaitu:-

1.Sebarang pindah milik harta, mesti dimaklumkan kepada PBT oleh pemilik baru/asal selepas pindah milik dilakukan.

2.Sebarang pindah milik harta pusaka mestilah dimaklumkan selewat-lewatnya 1 tahun selepas disempurnakan